sukan

Pukulan smash Pearly Tan dinobat terpantas

Pukulan smash jaguh badminton negara, Pearly Tan kini dinobat sebagai pukulan terpantas dunia bagi kategori wanita dengan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), 65.5 km/j, lebih laju daripada sebuah kereta Formula Satu (F1).

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh jenama sukan badminton terkemuka dunia, Yonex dalam satu kenyataan hari ini yang mana rekod itu dilakukan di Gimnasium Yonex Tokyo Factory pada 14 April lalu dengan menggunakan model Nanoflare 1000 Z.

Menurut kenyataan itu, rekod yang dilakukan Pearly itu diiktiraf Guinness World Records sekali gus menjadi wanita pertama yang berjaya mencatatkan kelajuan smash lebih 400km/j.

“Impak smash yang dilakukan dirakam menggunakan kamera laju tinggi. Kelajuan bulu tangkis selepas impak smash kemudian dikira berdasarkan rakaman fotografi.

“Jarak pergerakan dan masa yang diambil oleh bulu tangkis dikira antara dua koordinat kelajuan segera dikira berdasarkan pengukuran jarak, masa, dan kelajuan,” katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Yonex turut memaklumkan pemain India, Satwiksairaj Rankireddy turut berjaya memecahkan rekod dunia smash terlaju dunia yang pernah dipegang jaguh badminton negara Tan Boon Heong.

Pada sesi ujian itu, Rankireddy berjaya mencatatkan pukulan smash terlaju di dunia dengan kelajuan 565 km/j sekali gus memadamkan rekod lama 438 km/j yang dilakukannya menggunakan raket model sama digunakan oleh Pearly Tan.

sumber:- HM

Dengan dua rekod yang dicipta oleh Pearly dan Rankireddy ini sekali gus menyaksikan sukan badminton lebih laju daripada sukan bola yang lain apabila dibandingkan dengan rekod kelajuan terpantas dalam Guinness World Records.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Keputusan aksi Malaysia berdepan Pakistan

 Skuad hoki negara mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk bangkit mengikat Pakistan 3-3 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, Kejohanan Piala… Read More

10 hours ago
  • sukan

TFC akhirnya putuskan nasib Badrul

 Bekas pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali secara rasmi dinaikkan 'pangkat' sebagai ketua jurulatih skuad itu bagi mengharungi… Read More

11 hours ago
  • sukan

Bukit Jalil mungkin jadi saksi Indonesia mara ke Piala Dunia 2026

Pemerhati bola sepak Oman, Issa Saeed, berkongsikan bahawa terdapat lima negara yang berpotensi untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

Jurulatih bola sepak ditahan cabul dua remaja perempuan

 Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Endrick Dos Santos kembali ke Vietnam selepas belasah Vietnam

Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : JDT sah sambar pemain berstatus bintang

Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More

14 hours ago