sukan

Lima Pemain termahal Malaysia

Tonggak pertahanan, Dion Cools akan membawa status pemain termahal Harimau Malaya pada kempen Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar, Januari depan.

Berdasarkan tanda harga yang diletakkan laman antarabangsa, transfermarkt.com, nilai pasaran pemain berusia 27 tahun itu €750,000 atau RM3.8 juta.

Cools tidak bersama skuad kendalian Kim Pan Gon dalam dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea, bulan lalu kerana melangsungkan perkahwinan.

Bagaimanapun, dia yang beraksi bersama kelab Thailand, Burriram United dijangka terus menjadi tonggak penting buat Harimau Malaya di pusingan akhir Piala Asia nanti.

Tangga kedua pemain termahal Harimau Malaya dipegang bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi yang memiliki nilai pasaran RM2.3 juta.

Nilai berkenaan meletakkan pemain berusia 21 tahun itu sebagai pemain tempatan termahal dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).Malah, BH Sukan sebelum ini melaporkan tidak mustahil nilai Arif Aiman boleh ‘mencanak’ sehingga lebih RM7.5 juta dalam tempoh lima tahun lagi berdasarkan peningkatan nilai pasarannya hampir tiga kali ganda dalam tempoh tiga tahun.

Jangkaan itu diletakkan ejen berpengalaman yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah selepas melihat beberapa faktor bakal ‘membantu’ peningkatan nilai pasaran pemain berusia 21 tahun itu.

“Secara dasarnya, peningkatan nilai pasaran ini bergantung kepada prestasinya, pasukan yang diwakilinya serta persembahan bersama pasukan kebangsaan.

“Jika dilihat sekarang, dia memang berada pada pasukan yang tepat untuk terus berkembang dan ada kemungkinan nilainya mampu terus meningkat, sekurang-kurangnya 1.5 juta euro walaupun kekal dalam liga tempatan,” kata Effendi.

Arif Aiman menampilkan persembahan positif bersama Harimau Malaya apabila meledak satu gol ketika menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan lebih membanggakan dia menyumbang empat gol untuk membantu skuad Pan Gon membelasah Papua New Guinea 10-0.

Rakan sepasukan Arif Aiman dalam skuad JDT, Matthew Davies pula berada di kedudukan ketiga pemain termahal Harimau Malaya dengan nilai RM2 juta.

sumber:- BH

Sementara itu, tonggak Selangor, Faisal Halim dan seorang lagi pertahanan JDT, La’Vere Corbin-Ong turut termasuk dalam senarai lima pemain termahal Harimau Malaya yang bakal menjadi taruhan di Piala Asia apabila masing-masing memiliki nilai pasaran RM1.9 juta dan RM1.8 juta.

Recent Posts

  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

28 minutes ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

1 hour ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

2 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

2 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

3 hours ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

4 hours ago