sukan

Punca Utama batal hasrat dapatkan Mintah

Kuching City FC (KC FC) membatalkan hasrat untuk meminjam pemain import Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah pada jendela kedua perpindahan pemain yang bermula 5 Julai lalu.

Lamaran skuad The Cats terhadap pemain kelahiran Ghana itu susulan pemain berkenaan disisihkan pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner selepas dikatakan berlaku pergeseran mulut dengan jurulatih kelahiran Croatia berhubung isu sepakan penalti pada aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuala Lumpur City FC dua minggu lalu.

Ketua jurulatih skuad KC FC, Irfan Bakti Abu Salim menjelaskan sebelum ini beliau berminat untuk mendapatkan khidmat penjaring terbanyak TFC itu bagi memperkasakan lagi jentera serangan pasukannya.

Bagaimanapun jelas jurulatih berpengalaman itu, faktor kewangan menyebabkan beliau terpaksa membatalkan hasrat berkenaan biarpun pemain berketinggian 1.84 meter itu juga sudah bersedia untuk ‘terbang’ ke Sarawak.

“Tidak dinafikan sebelum ini kami berminat untuk mendapatkan khidmat Mintah tapi atas faktor kewangan, kami terpaksa membatalkan hasrat itu.

“Selain Mintah, kami juga berminat untuk mendapatkan khidmat pemain sayap, Faiz Nasir yang pernah bersama dengan saya ketika membimbing skuad TFC sebelum ini namun pemain itu sudah dipinjam oleh Kelantan United FC,” katanya.

Berdasarkan maklumat terkini, Mintah bakal menyarung jersi pasukan Penang FC selepas sebelum ini pernah dipinjam kepada KL City FC pada pertengahan liga musim lalu.

sumber:- HM

Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya selepas terbabit kemalangan sebelum ini, Irfan Bakti akui beliau tidak dapat melakukan kerja berat kerana masih belum cergas sepenuhnya.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

6 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

7 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

8 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

8 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

9 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

10 hours ago