sukan

Perlawanan ke-17 penting untuk Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, mahu pasukannya meneruskan momentum kemenangan apabila menerima kunjungan Kelantan United dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman malam ini.

Perlawanan ke-17 itu penting buat Sang Kenari bagi memastikan mereka dapat terus memberikan saingan kepada empat pasukan teratas Liga Super.

“Impian kami adalah mahu meneruskan momentum kemenangan yang kami dapat dalam aksi menentang PDRM. Saya tetap menganggap ia satu cabaran sengit, sekalipun Kelantan United kini berada di tangga ke-12 liga.

“Pemain KDA FC diminta tidak mengambil mudah dan berasa selesa walaupun kami beraksi di laman sendiri kerana aksi di tempat sendiri bukanlah satu jaminan untuk meraih kemenangan,” katanya.

Jelasnya, kejayaan Sang Kenari mengatasi Kelantan United dengan kemenangan tipis 2-3 di Kota Bharu dalam pusingan pertama Liga Super perlu meletakkan pasukannya dalam keadaan berwaspada.

Menurut Nafuzi lagi, pasukannya perlu mengelakkan keciciran mata penting kepada pasukan lawan dan meminta semua pemain berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung.

sumber:- SA

KDA FC kini berada di tangga keempat Liga Super dengan 31 mata selepas 16 perlawanan manakala Kelantan United di tangga ke-12 dengan tujuh mata.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

2 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

3 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

4 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

5 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

6 hours ago