sukan

Malaysia mula langkah kanan

Malaysia memulakan kempen Kejuaraan Bola Sepak AFF Bawah 19 tahun (B-19) Wanita dengan langkah kanan apabila menumpaskan Singapura 1-0 hari ini.

Dalam aksi di Padang Athletic, Palembang, Indonesia, jaringan S. Thivashini pada minit ke-66 memastikan kemenangan pasukan negara, sekali gus menghuni tangga kedua Kumpulan B.

Kemenangan tersebut membolehkan anak-anak buah Cameron Ng meraih suntikan moral sebelum berdepan cabaran lebih getir menentang Vietnam, Isnin ini.

Vietnam nyata berada dalam kelas lebih baik berbanding Singapura selepas membelasah pasukan itu 5-0 dalam perlawanan pertama mereka, Khamis lalu.

Sementara itu, kapten Malaysia, Amirah Rahman dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam aksi ssemalam.