sukan

Arif Aiman letak kriteria berpindah ke kelab luar negara

“Saya belum cukup bagus untuk bermain di Jepun atau Korea.”Itu jawapan peman sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi apabila diaju soalan ketika sesi Meet and Greet sempena pelancaran JDT Fans Token di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru, malam tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu menegaskan dirinya hanya akan membuat keputusan untuk berhijrah ke luar negara jika ada pasukan yang begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmatnya.

Katanya, biarpun dikatakan berpotensi untuk melebarkan karier di peringkat antarabangsa namun dalam masa yang sama pemain yang berstatus Pemain Paling Bernilai (MVP) dua musim berturut-turut mengakui bukan mudah beraksi di luar negara ketika ini.

“Main di kelab luar negara bukanlah sesuatu yang senang. Saya belum cukup bagus untuk bermain di Jepun atau Korea.

“Ingat senang nak main? Mentaliti mereka pun tak sama… jadi buat ketika ini, saya memang kena stay di sini dan tingkatkan lagi prestasi.

“Lagi pun, mereka bukannya benar-benar nak player (pemain) kita..kalau betul-betul barulah pergi (berhijrah), kalau tak, stay di JDT sajalah,” katanya pada sesi meet and greet sempena pelancaran $JDT Fan Token, di Johor Bahru pada Rabu.

sumber:- HM

Arif Aiman berkata demikian bagi mengulas cadangan daripada sesetengah pihak pihak supaya berkelana ke Timur Tengah, Jepun atau Korea Selatan dalam usaha mengembangkan lagi kariernya.