sukan

Skuad Harimau Malaya sah akan ‘bermusafir’

Skuad Harimau Malaya sah akan ‘bermusafir’ selama sembilan hari di luar negara buat pertama kalinya pada tahun ini bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 dari 4 hingga 23 September ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman yang mengesahkan anak buah Kim Pan-gon akan beraksi di luar Malaysia pada jendela aksi antarabangsa itu.

Sebelum ini, dalam dua jendela aksi antarabangsa pada Mac dan Jun menyaksikan skuad negara mengharungi perlawanan di dalam negara dengan menjadikan Johor Bahru dan Kuala Terengganu sebagai pusat latihan pasukan.

Malah, dua venue di negeri terbabit iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin turut dijadikan gelanggang aksi persahabatan skuad kendalian Pan-gon.

“Untuk perlawanan kalendar Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) September depan, kita akan bermain di luar dan akan umumkan,” katanya bagi menamatkan teka teki lokasi latihan skuad negara sama ada di dalam negara mahupun luar negara.

Ditanya pasukan manakah yang akan menguji skuad Harimau Malaya, Noor Azman mengesahkan pasukan .kebangsaan China adalah lawan yang bakal ditemui nanti dan akan beraksi di negara Tembok Besar itu.

Manakala, satu lagi pasukan pula masih dirahsiakan oleh badan induk itu.

“Tapi biasanya banyak sudah khabar angin (pasukan yang dikaitkan menentang Malaysia). Tapi bulan September kita main di luar,” katanya.

Selain China, beberapa negara dikaitkan untuk berdepan skuad Harimau Malaya antaranya Mesir, Kuwait dan Taiwan.

sumber:- HM

Ketika ini, skuad negara dalam rangka persiapan menghadapi Piala Asia di Qatar pada Januari tahun depan.

Recent Posts

Sah Kelab Korea sertai Liga di MalaysiaSah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

1 hour ago
Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan PakistanKomen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

3 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

4 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

5 hours ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

6 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

8 hours ago