sukan

Peminat Manchester United gempar

Peminat Manchester United gempar selepas muncul rakaman mengenai penjaga gol baharu yang dikaitkan dengan kelab itu.

The Red Devils dilaporkan sudah membuat kontrak mengenai potensi perpindahan untuk penjaga gol Feyenoord, Justin Bijlow yang dilihat sebagai alternatif lebih murah daripada Andre Onana dan Diogo Costa.

Namun, peminat meragui pembelian pemain itu selepas menonton klip bintang antarabangsa Belanda berkenaan di media sosial.

Menerusi video itu, Bijlow hampir menjaringkan gol sendiri ketika cuba menghantar bola kepada rakan yang mana hantarannya itu terkena tiang gol.

Erik ten Hag mahu membawa masuk penjaga gol yang mahir ketika bola berada di kaki dan lebih baik daripada David de Gea.

Namun, sesetengah penyokong lebih suka mengekalkan pemain Sepanyol itu, yang kontraknya di United tamat Jumaat lalu.

Seorang peminat menulis komen: “Hahahaha tolong, kita boleh lanjutkan kontrak De Gea.” – AGENSI