sukan

Dipecat gara-gara bertelagah

Pengadil Serie A, Marco Serra dilaporkan dipecat selepas bertelagah dengan Jose Mourinho.Mourinho diarahkan untuk ke tempat duduk penonton selepas bertengkar dengan Serra iaitu pegawai keempat ketiika perlawanan antara AS Roma dengan Cremonese pada Februari lalu.

Roma tewas mengejut kepada pasukan menduduki kelompok bawahan liga itu, yang memperoleh kemenangan pertama mereka di liga utama selepas 27 tahun.

Mourinho berang dengan keputusan itu dan menerima kad merah ketiga pada musim lalu kerana didakwa memaki hamun pegawai berkenaan pada awal separuh masa kedua.

Mourinho, 60, mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Serra dengan mendakwa dia telah mengeluarkan perkataan yang ‘tidak wajar’.

Bekas bos Manchester United dan Chelsea itu memberitahu pemberita selepas perlawanan: “Saya beremosi, tetapi tidak gila. Saya bertindak sedemikian kerana pasti ada sesuatu yang berlaku sebelum itu.

“Saya perlu melihat jika boleh mengambil tindakan undang-undang. (Pengadil Marco) Piccinini memberi saya kad merah ketika pegawai keempat tidak mempunyai kapasiti untuk bercakap sebegitu kepada saya.

“Buat pertama kali dalam kerjaya saya, pegawai keempat bercakap dengan cara yang paling luar biasa. Ia adalah tidak wajar.”

Apabila diasak untuk mendedahkan apa yang dikatakan Serra, Mourinho enggan mengulas lanjut apabila berkata: “Saya lebih suka segala-galanya dilakukan secara terbuka.”

Serra. 40, kemudiannya digantung tetapi keputusan Mahkamah Persekutuan Kebangsaan mendapati dia tidak boleh dipecat.

sumber:- HM

Bagaimanapun Sky Italia kini melaporkan bahawa Serra telah dipecat atas ‘sebab teknikal yang wajar’.