Bintang muda Fenerbahce, Arda Guler kini menjadi tumpuan beberapa kelab yang mahu mendapatkan khidmatnya termasuk Real Madrid dan Barcelona.
Kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu berusaha keras untuk menandatangani penyerang berusia 18 tahun itu di mana klausa pembeliannya ialah 18 juta euro (RM91.5 juta).
Barcelona dilihat mendahului pasukan lain untuk mendapatkan pemain Fenerbahce itu selepas pengarah sukan, Deco berkunjung ke Istanbul, Khamis lalu.
Rundingan antara kedua-dua kelab dan wakil pemain itu berjalan lancar, dengan perjanjian yang akan menyaksikan pemain itu tiba di Barcelona pada 2024 pada dasarnya sudah dipersetujui.
Tetapi Mundo Deportivo melaporkan bahawa Real Madrid turut berminat mendapatkan Guler, dengan legenda kelab, Emilio Butragueno dan Roberto Carlos akan menemuinya.
Guler adalah salah seorang pemain paling bernilai ketika ini selepas menyerlah di Fenerbahce. Dia masih mempunyai kontrak bersama kelab itu sehingga 2025 namun beberapa terkemuka Eropah berminat untuk mendapatkan tandatangannya.
Laporan sebelum ini turut menyatakan AC Milan juga mahu bersaing dengan Barcelona dan Real Madrid untuk mendapatkan Guler, yang bakatnya disamakan seperti Lionel Messi.
sumber:- HM
Guler sering berada dalam kesebelasan utama Fernerbahce dan membantu kelab itu menjulang Piala Turki musim lalu.