Legenda Sepanyol, Andres Iniesta beraksi buat kali terakhir buat kelab Jepun, Vissel Kobe hari ini dengan dia bersedia untuk meneruskkan karier di tempat lain.
Pemain berusia 39 tahun itu memulakan perlawanan di bahagian tengah dengan memakai lilitan kapten dan bermain 57 minit aksi awal ketika Kobe seri 1-1 di laman sendiri berdepan with Consadole Sapporo dalam aksi J-League.
Iniesta membuat lebih 600 penampilan bersama Barcelona, menang empat kali Liga Juara-Juara dan sembilan La Liga sebelum menyertai Kobe pada 2018.
Dia berkata mahu terus bermain tetapi tidak mengumumkan di manakah tempat seterusnya.”Terima kasih Iniesta kerana bermain buat Vissel Kobe untuk beberapa tahun,” ciap seorang peminat menerusi Twitter ketika pemain Sepanyol itu dikeluarkan.
sumber:- BH
“Iniesta, terima kasih kerana datang ke Jepun,” kata seorang lagi.Selepas wisel penamat, penonton bersorak sambil memegang kain rentang bertulis “Gracias Iniesta.” – AFP