Barcelona mengesahkan sudah menandatangani Ilkay Gundogan menerusi perpindahan percuma.
Dia akan menyertai Barcelona dengan perjanjian dua tahun (termasuk pilihan lanjutan 12 bulan) apabila kontraknya di Manchester City berakhir selepas memenangi 12 trofi utama dalam tujuh tahun bersama kelab itu.
Pemain berusia 32 tahun itu menjaringkan 60 gol dalam 304 perlawanan untuk Citizens dan memainkan peranan penting dalam kejayaan treble mereka musim lalu.
Dia membuat ciapan di Twitter, ‘sekali biru, sentiasa biru’ selepas meninggalkan City dan menegaskan kelab itu ‘merealisasikan impiannya’.
Barca memenangi La Liga musim lalu tetapi bergelut dalam pertandingan peringkat Eropah apabila tersingkir daripada Liga Europa pada pusingan 16 terakhir di tangan Manchester United.
Pengurusnya, Xavi berharap Gundogan dapat menambah kekuatan pasukan dengan pesaing utama, Real Madrid turut memperkuatkan bahagian tengah dengan menandatangani Jude Bellingham. – AGENSI