tempatan

Manchester United mohon bantuan Kane

Manchester United dan Tottenham mempunyai jurang yang besar dalam penilaian mereka terhadap penyerang England, Harry Kane.

United belum berputus asa dalam usaha mereka untuk menandatangani Kane. Red Devils dilaporkan meminta penyerang Spurs itu untuk menghantar permohonan perpindahan kepada kelabnya.

Hanya dengan permohonan itu United akan berpeluang mendapatkan Kane pada jendela perpindahan kali ini.

United perlu menawarkan harga tinggi untuk meyakinkan Tottenham bagi menjual Kane, yang kontraknya akan tamat pada Jun 2024.

Dengan United perlu berhati-hati dalam perbelanjaan mereka, kelab kendalian Erik ten Hag itu hanya mampu menawarkan maksimum 80 juta pound (RM474.3 juta) untuk mendapatkan Kane.

Spurs hanya akan menurunkan harga mereka kepada jumlah ditawarkan United sekiranya Kane sendiri yang menyatakan hasrat untuk meninggalkan kelab.

Ketika ini, Kane lebih cenderung untuk kekal dan bekerjasama dengan pengendali baharu, Ange Postecoglou.

sumber:- BH

Bagaimanapun dengan Spurs tidak mampu menawarkan bola sepak Eropah musim depan, tiba masanya buat Kane untuk melupakan sentimen kelab dan mencari cabaran baharu. – AGENSI