Bintang bola sepak dunia, Lionel Messi kini menjadi perbincangan hangat di Indonesia selepas dia tidak bersama pasukan kebangsaan Argentina untuk perlawanan persahabatan bersama skuad kebangsaan Indonesia, esok.
Skuad kebangsaan Argentina sudah tiba di Indonesia pada Jumaat lalu tanpa kelibat bintang sensasi itu.
Bagaimanapun penyokong setia pemain yang memakai jersi nombor 10 itu bertambah kecewa selepas melihat gambar Messi sedang bersantai bersama-sama Angel di Maria dan Nicolas Otamendi di Barcelona.
Difahamkan Messi serta dua rakan sepasukannya itu berada di restoran milik Luis Suarez, bekas rakan sepasukannya ketika di Barcelona.
Messi juga dilihat memakai seluar pendek bersama baju berwarna putih dikerumuni peminat untuk mendapatkan tandatangannya.
Gambar yang dimuat naik di Twitter itu mencetuskan rasa kecewa penyokong setianya yang berada di Indonesia.
“Sampai hati awak,” tulis seorang warganet yang kecewa kerana Messi tidak bersama skuad kebangsaan Argentina ke Indonesia.
sumber:- HM
Ketua jurulatih Scaloni sebelum ini mengesahkan Messi tidak akan menyertai jelajah Asia selepas pasukan Argentina menewaskan Australia dalam satu lagi perlawanan persahabatan di ibu negara China, Beijing.