sukan

Satu pasukan belum hantar dokumen

Hanya sebuah pasukan yang masih belum menghantar dokumen yang diperlukan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Pendedahan itu dikongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam, dan secara tidak langsung bakal menjawab persoalan mengenai dua pasukan yang berdepan sekatan perpindahan pemain dalam jendela kedua Liga Malaysia (Liga-M) bulan depan.

“(Badan Bebas Pelesenan Kelab) FIB akan bersidang esok untuk memastikan dokumenstasi kedua-dua pasukan ini.”Sebuah pasukan sudah menyerahkan satu dokumen yang diperlukan dan sekarang kami menunggu pasukan kedua.
“Jika FIB bertindak menghukum pasukan tersebut, kemungkinan larangan perpindahan pemain akan diumumkan.

“Buat masa ini masih terlalu awal bagi pihak saya sebagai seketariat untuk mengumumkan perkara itu kerana ia di bawah kuasa Jawatankuasa FIB,” katanya di Bukit Jalil.

Dalam perkembangan lainStuart turut berharap kemelut yang dilanda oleh Kelantan FC perlu diselesaikan dalam kadar segera agar dapat meneruskan baki saingan Liga Super musim ini.

“Saya berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin jika Kelantan menguatkan pasukan liga yang masih panjang lagi.

sumber:- SA

“Saya harap Kelantan mengambil serius perkara yang sedikit viral, tetapi daripada pihak MFL hanya mampu memberi sokongan kepada pasukan di dalam liga,” katanya lagi.