sukan

Saham Manchester United melonjak

KELAB bola sepak Inggeris, Manchester United sedang berunding untuk memberikan hak eksklusiviti kepada konsortium yang dipimpin oleh Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani dari Qatar dalam perbincangan untuk menjual kelab itu dengan nilai lebih $6 bilion, lapor agensi berita antarabangsa Reuters.

Laporan berita eksklusif Reuters itu memetik sumber yang sedia maklum mengenai rundingan berkenaan.Walaupun perjanjian berkembangan masih belum jelas, namun, perkembangan ini merupakan tonggak penting dalam usaha Sheikh Jassim yang juga anak bekas Perdana Menteri Qatar – antara lelaki terkaya di negara Teluk itu untuk mengambil alih jenama sukan ikonik ini.

Ahli keluarga Glazer, yang memiliki pegangan minoriti dalam Manchester United dan mengawalnya melalui struktur dua kelas saham, akan menjual saham mereka sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicadangkan, kata seorang lagi sumber.

Tawaran dari Qatar pada masa ini lebih disukai oleh keluarga Glazer berbanding tawaran daripada seorang jutawan British, Jim Ratcliffe yang juga pengasas pengeluar bahan kimia INEOS, jelas sumber-sumber berkenaan.

Tawaran yang dikemukakan oleh Ratcliffe menyebabkan keluarga Glazer mempertahankan minat dalam Manchester United.Manchester United dalam masa sama tidak dibenarkan untuk berunding dengan pihak-pihak lain selain Sheikh Jassim semasa tempoh eksklusiviti itu.

Tempoh eksklusiviti tersebut juga masih belum diketahui berapa lama akan bertahan.Ketika ini situasi juga masih berubah tegas sumber-sumber itu sambil memberi amaran tawaran baharu daripada Ratcliffe berupaya menghalang Sheikh Jassim daripada mendapatkan hak eksklusiviti itu.

Sumber-sumber tersebut juga memberitahu, hal ini perlu dirahsiakan kerana perkara ini adalah sulit.

Dalam masa sama, jurucakap Manchester United dan Sheikh Jassim tidak memberikan sebarang komen dengan segera berhubung rundingan itu.

Berikutan penyebaran berita itu, harga saham Manchester United melonjak sebanyak 15 peratus dan meningkat 10 peratus menjadi $25.53 dalam perdagangan tengah hari di New York pada Khamis.

Perjanjian bernilai lebih daripada $6 bilion bagi Manchester United akan menjadi salah satu yang terbesar dalam dunia sukan, mengikuti jualan yang mempunyai nilai serupa bagi pasukan bola sepak Liga Kebangsaan Amerika (NFL), Washington Commanders pada awal tahun ini.

Nilai perjanjian ini juga juga akan mewakili premium yang signifikan berbanding dengan perjanjian bola sepak lain.

Pada tahun lalu, pengambilalihan Chelsea Football Club dengan nilai $3.1 bilion oleh kumpulan pelaburan yang dipimpin oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital dinilai 5.7 kali gandaan pendapatan untuk tahun kewangan terakhir.

Menurut data Refinitiv, jualan melebihi $6 bilion itu akan menjadikan nilai Manchester United lebih daripada 10 kali gandaan pendapatan tahunan pada tahun lalu.

Manchester United yang telah memenangi gelaran juara Inggeris sebanyak 20 kali, mempunyai lebih daripada 650 juta peminat di seluruh dunia, kata firma penyelidikan pasaran Kantar.

Sebahagian besar daripada peminat kelab berkenaan telah menyuarakan keinginan untuk melihat perubahan pada pemilikan.

Keinginan itu disuarakan berikutan kemerosotan yang ketara dalam kejayaan kelab di bawah pemerintahan Glazer, dengan kelab hanya memenangi satu gelaran liga terakhir mereka di bawah pengurus terdahulu, Alex Ferguson, pada musim terakhirnya pada 2012-2013.

Ketika sebahagian penyokong mungkin melihat pemilik Qatar yang baharu dengan sumber kewangan yang besar sebagai cara terpantas untuk mengurangkan jurang antara United dan Manchester City yang disokong oleh Abu Dhabi, namun, dalam masa sama ada yang menyuarakan ‘kebimbangan mendalam’ terhadap rekod hak asasi manusia Qatar.

Beberapa negara Timur Tengah telah melabur secara besar-besaran dalam sukan dalam beberapa tahun terakhir, yang mengundang kritikan bahawa mereka cuba ‘menyuci imej’ mereka melalui sukan.

Qatar menjadi tuan rumah acara bola sepak terbesar, Piala Dunia, pada tahun 2022, sementara syarikat Qatar Sport Investments (QSI) memiliki kelab Ligue 1, Paris St Germain.

sumber:- SH

Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi pula membiayai LIV Golf Series yang baru-baru ini bersetuju untuk bergabung dengan PGA Tour selain memiliki pasukan Liga Perdana, Newcastle United. – Awani