sukan

Manchester City buat Manchester United kempunan

Manchester City semakin hampir melengkapkan tiga kejuaraan selepas menewaskan Manchester United 2-1 pada final Piala FA hasil dua jaringan Ilkay Gundogan sebentar tadi.

Kapten City Gundogan mencipta nama dalam buku rekod selepas menjaringkan gol terpantas final Piala FA menerusi voli menarik selepas 12 saat perlawanan berlansung.

United yang memburu kedua-dua trofi domestik dalam satu musim buat kali pertama menyamakan kedudukan hasil jaringan penalti Bruno Fernandes minit ke-33.

Namun Gundogan meletakkan City kembali di depan dengan satu lagi voli tujuh minit selepas rehat dan skuad Pep Guardiola cekal bertahan pada lewat permainan untuk menjulang trofi terbabit untuk kali ketujuh.

sumber:- HM

Juara Liga Perdana itu akan berdepan Inter Milan pada final Liga Juara-Juara Sabtu depan dengan kemenangan membolehkan mereka menyamai pencapaian treble United pada musim 1998-1999.