sukan

Beckham ‘pancing’ Messi

Lionel Messi dilaporkan menerima tawaran menakjubkan daripada Arab Saudi yang bernilai RM5.71 bilion.

Foot Mercato mendakwa pemenang tujuh Ballon d’Or itu akan meneriam gaji dua kali ganda berbanding Cristiano Ronaldo sekiranya bersetuju menyertai Al Hilal.

Namun Messi dikatakan lebih memilih Barcelona dan juara La Liga itu mendapatkan bantuan David Beckham untuk memancing kapten Argentina itu.

Menurut L’Equipe, Barcelona mempertimbangkan perancangan yang menyaksikan Inter Miami yang dimiliki Beckham akan menandatangani bintang itu sebelum meminjamkannya ke Sepanyol.

Tempoh pinjaman Messi akan berlaku selama enam ataupun 18 bulan sebelum bintang itu berhijah secara tetap ke Major League Soccer (MLS).

Pengendali Barcelona, Xavi tampak yakin untuk membawa Messi pulang bersama kelab yang menaikkan namanya selama ini.

“Penyokong kami mula menyebut nama Leo Messi pada setiap perlawanan. Saya sukakan perasaan tetapi percayalah, semua ini bergantung kepadanya.

“99 peratus bergantung di tangan Messi.”

sumber:- BH

Malah, wartawan, Ben Jacobs turut mendakwa Messi sanggup untuk bermain secara percuma untuk kembali menyertai Barcelona.