sukan

BWF sambung larangan

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) melanjutkan tempoh larangan menggunakan teknik ‘spin serve’ (servis putaran bulu tangkis) iaitu sehingga tamat Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.

BWF sebelum ini mengenakan larangan sementara teknik ‘spin serve’ yang menyaksikan pemain memutarkan bulu tangkis sebelum melancarkannya yang mana terbukti sukar untuk dikembalikan dan tidak boleh dimainkan sepenuhnya.

“Selepas perbincangan dengan komuniti badminton, Ahli Majlis BWF percaya adalah lebih baik untuk melarang penggunaan ‘spin serve’ untuk tempoh 15 bulan lagi agar tidak memberi kesan terhadap pusingan kelayakan Sukan Olimpik dan Paralimpik serta temasya itu sendiri,” kata BWF dalam satu kenyataan, hari ini.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, berkata badan induk itu mengalu-alukan inovasi dalam badminton tetapi menambah lebih banyak bukti diperlukan mengenai kesan servis itu sebelum memperkenalkannya.

sumber:- BH

Larangan itu akan berkuatkuasa bermula saingan Terbuka Thailand yang bermula esok. – REUTERS