sukan

Bekas Juara EPL sah tersingkir

Leicester tersingkir dari Liga Perdana hanya tujuh tahun selepas kejayaan menjulang kejuaraan yang menakjubkan ketika Everton meneruskan tempoh 69 tahun mereka di liga utama dengan menewaskan Bournemouth 1-0.

Leeds turut kembali ke Liga Kejuaraan selepas tiga musim dalam Liga Perdana selepas mereka tewas 1-4 kepada Tottenham.

Abdoulaye Doucoure mucul wira Everton selepas pemain tengah Mali itu menerjah gawang dari tepi kotak pada minit ke-57 untuk mencetuskan sambutan meriah di sekitar Goodison Park.

Sebaliknya, Leicester menelan kecewa dan terpaksa menerima hakikat akan turun liga walaupun menang 2-1 ke atas West Ham.

Everton memulakan perlawanan dengan mengawal nasib mereka sendiri selepas menerima sokongan padu dari 40,000 peminat di Goodison Park.

“Terdapat keretakan tetapi ia tidak pecah dan kami membuktikannya. Kami menunjukkan semangat juang yang tinggi,” kata pengurus Everton, Sean Dyche.

“Kami tidak sepatutnya berada di kedudukan ini dan kami perlu belajar daripada ini.”

Mereka sering berdepan masalah menjaringkan gol dan pemain Dyche berkata mereka amat merindui kehadiran penyerang, Dominic Calvert-Lewin.

Walaupun Everton berusaha keras untuk memburu gol dengan penjaga gol Bournemouth, Mark Travers berjaya melakukan penyelamatan menakjubkan untuk menafikan percubaan Idrissa Gueye dan Demarai Grey pada separuh masa.

sumber:- HM

Jika mereka bolos terlebih dahulu berkemungkinan membawa masalah kepada The Toffees yang gagal menjaringkan gol lebih daripada sekali di tempat sendiri sejak Oktober.