sukan

Selangor FC sah ke Separuh Akhir

Selangor FC mengiringi Terengganu FC ke peringkat separuh akhir saingan Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilsan FC ( NSFC) 3-1, dalam aksi suku akhir di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Yohandry Orozco menjadi watak pemusnah apabila menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua.

Jaringan pemain import itu sudah cukup buat skuad Gergasi Merah untuk mara ke peringkat empat pasukan terbaik.

Meskipun Negeri Sembilan terlebih dulu berada di depan menerusi jaringan pantas oleh Mohamad Safuwan Baharuddin yang menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada minit pertama perlawanan, namun jaringan itu tidak bertahan lama.

Selangor pantas menyamakan kedudukan melalui jaringan Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ketiga susulan serangan balas pantas, yang menewaskan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Kedua-dua pasukan kemudiannya mengendurkan permainan dengan masing-masing cuba mengawal bola bagi mengurangkan tekanan.

Skuad Gergasi Merah kemudian dilihat mendominasi permainan melalui hantaran-hantaran pendek dan sesekali melakukan percubaan ke arah kawasan gol Negeri Sembilan.

Gandingan Mohd Faisal Halim, Orozco dan Ayron del Valle dilihat bertindak agresif dengan sesekali menguji bahagian benteng skuad Hobin Jang Hobin, namun percubaan mereka dari jarak jauh kerap kali tersasar.

Percubaan kedua terbaik Selangor melalui Faisal dari dalam kotak penalti pada minit ke-18, namun bola terkena palang.

Negeri Sembilan kemudiannya turut mendapat peluang menerusi Casagrande yang diturunkan selaku penyerang utama tuan rumah, namun percubaannya dari luar kotak penalti pada minit ke-35, juga tidak menepati sasaran.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dalam melakukan serangan ke kawasan lawan masing-masing.

Anak buah Tan Cheng Hoe bagaimanapun bijak memanfaat kesilapan bahagian pertahanan tuan rumah apabila menjaringkan gol kedua mereka menerusi Orozco pada minit ke-60.

Selangor terus menunjukkan keegoaannya apabila

Orozco meledak gol ketiga pelawat pada minit ke-87.

sumber:- HM

Walaupun anak buah K Devan dilihat berusaha menggandakan asakan ke kawasan lawan pada minit-minit terakhir perlawanan, namun mereka tidak berupaya untuk menafikan kehebatan skuad Selangor.