sukan

Messi sah uji Indonesia

Persekutuan Bolasepak Argentina (AFA) mengesahkan juara dunia itu akan berdepan pasukan di ranking ke-149 dunia, Indonesia.

Pengumuman itu diumumkan AFA menerusi akaun Twitternya, hari ini di mana aksi berdepan ‘Garuda’ itu adalah sebahagian daripada jelajah Asia yang dirancang oleh pasukan itu pada pertengahan tahun ini.

Ini sekali gus menyaksikan pemain Indonesia berdepan bintang handalan dunia yang menjulang Piala Dunia 2022 seperti Lionel Messi, Julian Alvarez, Emiliano Martinez dan ramai lagi.

Memetik laporan portal Indonesia, kompas.com, AFA turut memaklumkan aksi berdepan Indonesia akan berlangsung di Jakarta pada 19 Jun selepas mereka berdepan Australia di Beijing pada 15 Jun.

sumber:- BH

“Pasukan bimbingan Lionel Scalooni akan beraksi di China dan Indonesia pada Jun ini.”Venue perlawanan akan disahkan dalam masa terdekat,” kata AFA.