sukan

Lionel Messi buat China tak keruan

Lionel Messi akan mengetuai juara Piala Dunia, Argentina menentang Australia dalam aksi persahabatan di Beijing bulan depan.

Ia adalah kunjungan pertama Messi ke China selepas enam tahun dan dijangka mencetuskan perebutan tiket secara besar-besaran dalam kalangan peminat.

Kedutaan Argentina di China berkata, Argentina akan menentang Australia pada 15 Jun, sekali gus membawa Messi ke negara berkenaan sejak kali pertama mereka beraksi pada 2017.

Ia akan menjadikan kali ketujuh pemain berusia 35 tahun itu melawat China dan hadir ketika masa depannya di Parist St Germain masih menjadi tanda tanya,

Sumber yang rapat dengan Messi memberitahu Reuters dia menerima tawaran rasmi untuk menyertai kelab Arab Saudi Al-Hilal musim depan, walaupun bapanya berkata Messi tidak ‘menandatangani atau bersetuju dalam perjanjian itu.

Messi menerima sambutan meriah pada setiap lawatannya sebelum ini ke China, yang mempunyai peminat bola sepak terbesar walaupun skuad lelakinya sedang bergelut dan hanya sekali beraksi di Piala Dunia.

Sejak lawatan pertama ke China pada 2005, Messi bermain untuk Argentina atau bekas kelabnya Barcelona dalam perlawanan persahabatan.

Pasukan LaLiga itu menewaskan Beijing Guoan 3-0 dalam perlawanan persahabatan pada 2010.

sumber:- BH

Berita mengenai perlawanan menentang Socceroos dengan pantas menjadi tular di media sosial China, dengan ramai peminat menyuarakan keinginan untuk menonton perlawanan itu dan melihat rekod pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu beraksi.