Kegagalan Arsenal menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) didakwa adalah kerana terkena ‘sumpahan Kardashian.’
The Gunners berkelebihan lapan mata pada bulan Mac sebelum Kim Kardashian menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan itu.
Selepas CBS Sports menunjukkan rekod Arsenal sejak kehadiran Kardashian ke Emirates, seorang penyokong menulis di Twitter ‘sumpahan sebenar’.
Ada juga yang menulis ‘benar benar disumpah’ sementara yang lain ‘tugu Kim K akan didirikan di Etihad.’
Kardashian sebelum ini pernah menyaksikan perlawanan Paris Saint Germain (PSG) dan ketika itu, PSG tewas buat kali pertama bagi aksi Ligue 1 dalam tempoh 715 hari di tangan Rennes.
Ketika Kardashian melawat Arsenal, penyokong ketika itu jelas bimbang dan berkata ‘maklumkan padanya supaya jangan lagi menonton perlawanan pasukan kami.’
sumber:- BH
Seorang lagi menulis ‘Sumpahan Kardashian berlaku lagi. Halang dia daripada masuk ke stadium!’Ada juga yang berkata ‘nasib malang memasuki Stadium Emirates’.