Anak perempuan Pep Guardiola, Maria nampaknya lebih mencuri tumpuan ketika Manchester City meraikan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
The Cityzens turun menentang Chelsea dengan status sebagai juara selepas Arsenal tewas 1-0 di tangan Nottingham Forest pada Sabtu.
Ini adalah kejuaraan liga kelima buat Pep sejak mengendalikan City bermula 2016.Ketika keluarga pemain menyertai sambutan menjulang trofi di atas padang, anak Guardiola iaitu Maria lebih menarik minat pelayar media sosial.
Maria, 22, bukanlah figura yang asing di laman media sosial selepas sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan bekas pemain Tottenham, Dele Alli.
Pempengaruh kelahiran Barcelona itu turut memiliki lebih separuh juta pengikut di Instagram dan menandatangani kontrak dengan agensi model, Premier Model Management.
sumber: BH
Seorang penyokong menciap emoji wajah kemerahan sebagai reaksi kepada foto Maria sementara ada yang membalas reaksi dengan ‘gif’ keraian Wout Weghorst selepas menyaksikan kecantikan Maria. – AGENSI