Arsenal mesti mengakui kesilapan dilakukan pada musim yang membantu Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagaimapaun kelab London itu masih boleh berbangga layak ke Liga Juara-Juara selepas kali terakhir beraksi dalam saingan berprestij itu pada 2017, kata penjaga gol Aaron Ramsdale.
Walaupun Arsenal mendahului liga selama hampir 250 hari, City sentiasa memberi saingan dan mengesahkan kejuaraan liga selepas Arsenal tewas 1-0 di Nottingham Forest.
Ramsdale berkata dia serta rakan sepasukan sudah tentu kecewa dan akan mencari punca mengapa mereka gagal, namun bangga mereka kembali di keduukan empat terbaik liga buat kali pertama sejak 2016.
“Layak ke Liga Juara-Juara adalah matlamat utama kami di awal musim. Kami berjaya melakukannya buat kali pertama dalam tempoh enam atau tujuh tahun.
“Kami memberi saingan sepanjang masa kepada Man City, yang sudah menang lima kali dalam tempoh enam tahun.”Kami sangat bangga dengan diri kami sendiri, tetapi kami perlu melihat cermin dan harus menjadi orang pertama yang mengakui kesilapan sendiri, kerana itulah cara kami belajar dan menjadi lebih baik,” katanya.
Arsenal akan menamatkan musim mereka dengan aksi di tempat sendiri menentang Wolverhampton Wanderers hujung minggu depan.
sumber:- HM
Dengan tiada apa-apa lagi untuk diburu kerana sudah mendapat tempat kedua liga, Ramsdale berkata matlamat Arsenal adalah untuk menamatkan musim ini dengan cemerlang demi penyokong mereka.