sukan

Thailand tampil mohon maaf

Persatuan Bolasepak (FA) Thailand memohon maaf dan berjanji akan melakukan siasatan berhubung insiden perlawanan akhir Sukan SEA menentang Indonesia yang dicemari dua pergaduhan besar selain empat layangan kad merah, semalam.

Thailand tewas 2-5 selepas masa tambahan yang menyaksikan mereka menamatkan perlawanan dengan hanya lapan pemain di atas padang dekat ibu negara Kemboja, Phnom Penh.

Salah seorang yang dibuang padang ialah penjaga gol Thailand, Soponwit Rakyart selepas dia berlari separuh daripada padang untuk menyertai pergadungan antara kedua-dua pasukan.

“FA Thailand perlu memohon maaf atas insiden di tepi padang,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan sambil menambah mereka akan menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat mereka yang terbabit dengan secepat mungkin sekali gus bakal mengambil tindakan tegas.

Acara bola sepak lelaki temasya dwitahunan itu menyaksikan pertembungan pemain di bawah usia 23 tahun.

Perlawanan akhir itu dianggap sebagai peluang bagi Indonesia untuk mengembalikan kebanggaan kepada maruah bola sepak mereka selepas insiden banyak kehilangan nyawa di stadium dan kehilangan hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 tahun.

Tetapi aksi final itu akan diingati bermula pada minit ke-97 apabila Thailand yang telah ketinggalan 2-0 menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-2 dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Barisan pegawai Thailand dilihat meraikan kejayaan menyamakan kedudukan itu dengan berlari ke bangku simpanan Indonesia sekali gus menyebabkan situasi huru-hara.

Apabila Indonesia mendahului pada awal masa tambahan, pegawai mereka membalas tindakan sama ke atas kem Thailand.

Sementara itu, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan, hari ini, berkata badan induk itu akan menjalankan siasatan berhubung pergaduhan yang berlaku dalam aksi final itu.

“AFC kecewa dengan insiden yang tidak sepatutnya berlaku itu pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA,” kata jurucakap badan induk bola sepak di Asia itu.

sumber:- BH

“AFC menggariskan kepentingan permainan secara adil, saling menghormati dan semangat kesukanan, dan mengambil pendekatan sifar toleransi terhadap semua tindakan keganasan itu yang mengancam integriti fizikal pemain dan pegawai.” – AFP

Recent Posts

  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

17 minutes ago
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

10 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

11 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

12 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

14 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

15 hours ago