sukan

Persatuan bola sepak tempat bawa lari duit – Sanusi

Pemikiran dan semangat semua segmen bola sepak di Kedah diharap dapat berubah selari dengan perubahan masa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang akan menjangkau usia 100 tahun penubuhannya pada 2024.

Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata semua segmen antaranya pihak pengurusan, penaja, jurulatih, pemain dan penyokong perlu lebih matang dan positif demi membantu mengangkat kembali negeri Kedah di persada bola sepak tanah air.

“Bola sepak ini bukan lagi sukan untuk kesihatan tetapi ia telah berubah menjadi industri. Memang ada sisi positif dalam bola sepak ini tetapi sisi gelapnya lebih banyak dan itu yang membuatkan industri bola sepak negeri dan negara rosak.

“Tahun depan, genap 100 tahun KFA, banyak sejarah dan suka duka yang telah dilalui … jadi dengan pencapaian 100 tahun itu, saya berharap pemikiran dan semangat kita semua juga dapat berubah selari dengan perubahan masa ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Aidilfitri KFA di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata sejak dilantik menjadi Presiden KFA pada 2020, banyak perubahan yang telah cuba dilakukannya termasuk menutup ruang-ruang kepada pihak yang berniat untuk mengambil kesempatan terhadap persatuan berkenaan.

“Saya tahu selok-belok dalam persatuan bola sepak … ini tempat untuk orang membina pengaruh dan membawa lari duit, jadi saya telah matikan, tutup semua ruang yang boleh ditembusi kerana ingin pastikan KFA bebas daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan bola sepak negeri.

sumber:- BH

“Menjangkau 100 tahun ini juga, kita telah berjaya mempunyai bangunan sendiri yang akan dinamakan sebagai ‘House Of Kedah Football’ dan ini akan menjadi mercu tanda kepada persatuan di samping meningkatkan lagi tadbir urus organisasi KFA demi pembangunan bola sepak di Kedah,” katanya. – BERNAMA

Recent Posts

Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh MalaysiaJurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia
  • sukan

Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia

JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More

36 minutes ago
Futsal Indonesia dicemari aksi kung fuFutsal Indonesia dicemari aksi kung fu
  • sukan

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fu

GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More

1 hour ago
  • sukan

Siapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman

Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More

2 hours ago
  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

3 hours ago
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

13 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

14 hours ago