Faktor kecergasan menjadi sebab pemain tengah, Natxo Insa, berdepan kekangan berlatih bersama pasukan kebangsaan, Harimau Malaya.
Skuad bimbingan Peter Cklamovski itu giat mengharungi hari ketiga persiapan kelayakan Piala Asia 2027 sempena bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Isnin depan.
Tatkala Arif Aiman Hanapi sudah muncul berlatih bersama rakan sepasukannya malam tadi sebagai persiapan perlawanan pembukaan pusingan ketiga kelayakan itu, namun Insa masih bergelut dengan kecederaan yang menimpanya ketika memperkuatkan Harimau Selatan berhitung dengan Buriram United dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) minggu lalu.
sumber:- stadium astro
Namun, ketiadaan Natxo masih menjadi tanda tanya dan memungkinkan ketua jurulatih negara, Peter Cklamovski, merencana sesuatu tanpa pemain warisan itu yang turut tercicir dalam beberapa panggil antarabangsa sebelum ini, juga atas faktor kecergasaan.