Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio, tetap memuji persembahan anak buahnya meskipun perit untuk menelan kekalahan di tangan Buriram United dalam perlawanan timbal balik kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), sebentar tadi.
Kempen Harimau Selatan berakhir selepas pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Muenta, menjadi wira Thunder Castle melayakkan diri ke suku akhi, sekali gus memadam hasrat juara Liga Super 11 kali berturut-turut mencipta sejarah.
“Semua pemain sudah tahu bahawa pertemuan ini akan menjadi susah.”Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peminat, pemain dan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“Semua memainkan peranan yang cukup penting. Ada percubaan, hantaran lintang dan juga gerakan berbahaya.
“Mereka cuba untuk menyerang sehingga ke minit akhir.
sumber:- stadium astro
“Kali ini, Buriram United adalah lawan yang sangat sukar.”Seluruh pasukan terutamanya setiap pemain menonjolkan personaliti yang baik di tempat sendiri.
“Inilah bola sepak,” katanya.