sukan

Sukar dikekang, Mangsa kedua Zii Jia

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlang di Orléans Masters apabila menundukkan pemain India, Srikanth Kidambi dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 33 minit.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Palais des Sports, Orléans itu, Zii Jia mempamerkan prestasi dominan apabila menang mudah menerusi straight set 21-11, 21-17.

Kemenangan itu menyaksikan Zii Jia mara ke suku akhir sekali gus meneruskan momentum positif selepas kembali dari rehat akibat kecederaan pada Disember lalu.

Aksi Zii Jia kali ini membuktikan bahawa beliau berada pada prestasi terbaik apabila berjaya menewaskan Srikanth yang juga merupakan pemain berpengalaman dan pernah berada di ranking tinggi dunia.

Kemenangan fasa dua Super 300 ini bukan sahaja memberikan keyakinan kepada Zii Jia untuk Seluruh England, malah penting untuk mengumpul mata ranking dan melonjakkan kedudukannya dalam ranking dunia.

Nhat Nguyen dari Ireland akan menjadi lawan suku akhir Lee Zii Jia, selepas meraih kemenangan straight set 21-5, 8-2 dalam masa 20 minit ke atas wakil Jepun, Yushi Tanaka, yang menarik diri.

Sebelum melangkah ke pusingan kedua, Zii Jia terlebih dahulu menempah slot ke pusingan 16 terbaik selepas menundukkan wakil Taiwan, Chi Yu-jen

Bagaimanapun aksi pusingan pertama pada Rabu itu, Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum menang rubber set 17-21, 21-17, 21-17 dalam tempoh 56 minit.

Sementara itu, cabaran beregu campuran juga pilihan pertama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terhenti selepas tewas kepada wakil Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, straight set 8-21, 17-21 dalam masa 33 minit.

Rehan-Gloria bakal berdepan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, di suku akhir selepas menunjukkan kebangkitan yang mengagumkan di pusingan kedua.

sumber:- SH

Tewas pada set pertama, pasangan pilihan keenam itu tidak menyerah kalah dan berjaya menundukkan wakil Taiwan, Ming Che Lu-Hung En Tzu, 16-21, 21-13, 21-16 dalam perlawanan yang berlangsung selama 49 minit.