sukan

TERKINI: Kejutan pusingan 32 Masters Orleans

Perjalanan dua beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Tee Kai Wun-Man Wei Chong, tamat dalam pusingan 32 Masters Orleans di Perancis, sebentar tadi.

Jelas kedua-dua taruhan negara itu tidak berada dalam prestasi terbaik selepas tumbang secara straight set kepada lawan masing-masing.

Aaron-Wooi Yik selaku pilihan kedua kejohanan terlebih dahulu ditunjukkan jalan keluar apabila menyerah 18-21 dalam set pertama kepada gandingan muda China, Sun Wen Jun-Zhu Yi Jun.

Mereka — yang dipisah 53 anak tangga ranking dunia — tidak menemui jalan kebangkitan apabila perjuangan berakhir dalam tempoh hanya 27 minit apabila kalah 8-21 dalam set kedua.

Dalam masa sama, Kai Wun-Wei Chong menjadi mangsa kepada beregu Korea Selatan yang kembali bergandingan, Seo Seung-jae/Kim Won-ho.

sumber:- stadium astro

Kai Wun-Wei Chong — yang mendaki ranking ke-11 dunia — tidak dapat menjelmakan saingan sengit kepada seteru itu apabila tunduk 16-21 dan 14-21.