Penyerang sensasi negara di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin percaya Arif Aiman Hanapi mempunyai keupayaan untuk bersaing dan beraksi di luar negara.
Pandangan peribadi itu diluahkan Luqman yang melihat tonggak sayap Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di kemuncak kariernya selain disifatkan sudah cukup matang untuk beraksi di tahap tertinggi.
“Saya nak lihat satu hari ini ada juga seorang pemain Malaysia boleh bermain di luar negara biarpun selepas saya pulang (bermain di Liga M) nanti.
“Saya nak tengok Arif Aiman kalau diberi peluang untuk melebarkan sayapnya di luar negara. Dia saya tengok seorang pemain yang bijak dan ada pakej untuk beraksi di tahap tertinggi,” katanya kepada Arena Metro.
Terdahulu, beberapa kelab terkemuka khususnya di sekitar Asia nyata terpegun dengan aksi lincah pemain sayap JDT dan skuad Harimau Malaya itu.
Beberapa kelab di Asia Barat seperti di Iran mahu memancing khidmat Arif Aiman untuk memperkuatkan kelab terkemuka negara itu, Persepolis FC.
Malah terbaharu, ‘wonder kid’ JDT turut jadi buruan pasukan di Asia Timur dari Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai yang nyata ‘terpesona’ dengan persembahan bertenaganya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Jelas Luqman lagi, impiannya hanyalah satu untuk melihat adanya anak tempatan dapat mengukir nama di pentas antarabangsa.
sumber:- HM
“Saya nak sangat tengok pemain Malaysia, anak jati negara kita dapat main di luar negara. Ini penting untuk tunjukkan dekat orang di luar sana pemain Malaysia juga hebat dan boleh bersaing,” katanya.