sukan

FAM ‘dibidas’ teruk susulan Keputusan hukum PDRM

“Bukannya PDRM FC menipu senarai pemain ketika perlawanan, senarai pemain disemak sebaik sahaja pasukan tiba di bilik persalinan.”

Itu persoalan yang ditimbulkan bekas pengurus pasukan PDRM FC, Mohd Zaffarollah Nordin yang akui hairan bagaimana semakan pemain dilakukan oleh pegawai pengadil bertugas sebelum perlawanan.

Katanya, menjadi amalan lazim sebelum mana-mana perlawanan, akan berlangsung Mesyuarat Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP) dan Komisioner Perlawanan (MC) akan memaklumkan dan mengingatkan kepada kedua-dua pasukan tentang pemain yang tidak boleh diturunkan kerana digantung.

Malah, semakan akan dibuat sekali lagi sebelum senarai pemain diserahkan beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan.”Kalau betul (PDRM buat salah), sepatutnya ia dibatalkan sebelum perlawanan. Senarai pemain diserahkan kepada MC perlawanan untuk disemak dan mendapat kelulusan.

“Dua gol PDRM dibatalkan dan Selangor mendapat bekalan selesa 3-0 untuk final kedua. Lepas itu merungut orang tak nak datang stadium. Kalau kesalahan sendiri tapi cari kambing hitam orang lain.”

MC ke GC (General Coordinator) ke juga perlu diambil tindakan kerana membenarkan pemain tersebut main. Bukannya PDRM menipu senarai pemain ketika perlawanan, senarai pemain disemak sebaik sahaja pasukan tiba di bilik persalinan,” kata Zaffarollah di laman media sosial beliau.

Ujarnya lagi, tindakan badan induk itu menyalahkan PDRM FC baginya sesuatu yang memalukan.

“Ingat pengurusan baharu makin mantap, makin pelik keputusannya. Persoalan yang harus FAM jawab macam mana MC perlawanan bagi kelulusan pada senarai yang dikemukakan oleh pasukan PDRM?

“Senarai pemain disemak ketika pasukan tiba di bilik persalinan. Kalau PDRM Football Club menyorok senarai dan menurun pemain tersebut barulah difikirkan satu kesalahan.

sumber:- HM

“Kealpaan dan kelalaian MC perlawanan merosakkan perlawanan akhir ke-2 esok. FAM kena akui kelemahan pegawai mereka sendiri bukan cari kambing hitam,” katanya.