Bertemu pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin, Aaron-Khai Xing yang mengisi ranking 58 dunia kalah dalam perlawanan tiga set.
Selepas berjaya mengejutkan pasangan ranking 24 dunia pada set pertama dengan kemenangan 21-19, dua set berikutnya berakhir dengan kekalahan 16-21, 14-21 pada aksi 51 minit.
Sementara itu, dua wakil negara yang beraksi dalam kategori perseorangan lelaki turut berakhir duka apabila masing-masing kecundang kepada lawan masing-masing.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Bangkok itu, bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Jacky Kok tewas straight set kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin 21-13, 21-18.
Dalam kategori beregu lelaki, gandingan baharu bekas pemenang pingat perak Olimpik, Goh V Shem bersama dengan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu tidak membuahkan hasil apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carmado-Bagas Maulana 11-21, 18-21.
Situasi sama turut berlaku di acara beregu wanita apabila satu-satunya wakil negara di peringkat 16 terbaik, Ong Xin Yee-Carmen Ting tersingkir selepas kalah kepada wakil Taiwan, Lin Xiao Min-Wang Yu Qiao 17-21, 21-23.
sumber:- BH
Mengalami nasib sama adalah pasangan tunggal negara dalam acara beregu campuran, Loo Bing Kun-Ho Lo Ee yang tewas kepada pasangan Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil 7-21, 21-18, 14-21.