sukan

TERKINI : Keputusan aksi Pearly-Thinaah di Final Masters Indonesia

Beregu wanita Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong, menyekat hasrat Pearly Tan-M. Thinaah untuk mengungguli Kejohanan Badminton Masters Indonesia 2025, sebentar tadi.

Pertemuan di antara beregu ketujuh dan 29 dunia itu menghadirkan satu pertemuan rancak di Istora Senayan yang berlanjutan kepada tiga set.

Dua aksi awal menceritakan senario berbeza dalam pertarungan itu dengan set pertama dikuasai finalis Terbuka India 2025 itu dengan keputusan 21-17.

Pearly-Thinaah kemudian menjelmakan prestasi hebat 21-12 untuk mengheret pertemuan ke set penentuan.Bagaimanapun, Hye Jeong-Hee Yong berhasil mempertahankan kelebihan tipis mereka dalam set getir itu walaupun sentiasa dihambat oleh gandingan negara menerusi kemenangan 21-18

sumber:- stdiuam astro

Vivian Hoo-Woon Khei Wei muncul wakil wanita negara tunggal yang memenangi gelaran Masters Indonesia pada 2011.