Sukan

JDT sedia ambil dengan syarat

Johor Darul Ta’zim (JDT) sedia merekrut bintang bola sepak Argentina, Papu Gomez pada musim hadapan jika harga yang ditawarkan munasabah.

Menurut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, beliau mahu pemain bertaraf ‘marquee player’ yang dilabur benar-benar berbaloi dan memberi sumbangan yang besar kepada pasukannya.

Tapi jika Papu Gomez, dia boleh bagi saya komitmen, harga munasabah, InsyaAllah (sedia memancing),” kata Tunku Ismail ketika sesi soal jawab bersama peminat yang diadakan di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Ujarnya lagi, beliau mahu tonggak yang dibawa itu memiliki semangat juang tinggi dan mempunyai sikap positif seperti mana komitmen pernah dicurahkan seorang lagi bekas pemain striker kebangsaan Argentina, Luciano Figueroa sebelum ini.

Malah katanya, beliau tidak mahu skuad Harimau Selatan dijadikan destinasi persaraan oleh mana-mana pemain dunia yang berhasrat untuk menggantung but sebelum bersara.

Setakat dapat gaji besar dan lepas itu pencen daripada arena bola sepak. Siapa-siapa yang datang ke mari mesti komitmen sepenuhnya. Sanggup berlari beberapa meter untuk membantu pertahanan.

Saya tak nak habiskan duit bayar gaji begitu mahal untuk pemain tak nak lari bertahan tiga meter. Di Johor tiada siapa bintang.

Di Johor adalah pemain yang bagi komitmen sanggup mati antara satu sama lain. Komited bertahan, meny3rang sebagai satu unit.

sumber:- HM

“Saya takkan boleh cari lagi satu Luciano Figueroa, saya gerenti kerana Malaysia bukan satu destinasi nama besar datang. Kalau mereka nak gaji besar, lebih hebat mereka pergi Jepun, China, Arab Saudi, UAE,” katanya sekali gus menafikan khabar angin untuk mengikat Mesut Ozil.