Sukan

Reaksi Mora selepas berdepan aksi luar biasa TFC

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengesahkan kapten yang juga penjaga gol JDT, Farizal Marlias berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di sebuah hospital dengan pemantauan rapi doktor.

Mora berkata insid3n perlanggaran pada minit ke-60 ketika aksi men3ntang Terengganu FC (TFC) itu tidak dapat dielak selepas pemain pertahanan JDT, Shane Lowry cuba mengeluarkan bola dari kawasan bah@ya dan ketika itu juga Farizal turut ingin menyelamatkan bola.

Insid3n itu berlaku pantas. Farizal tidak pengsan selepas berl@nggar dengan Shane (Lowry), sebaliknya berada dalam keadaan kebingungan. Sudah menjadi prosedur perubatan untuk doktor pasukan memantau pemain itu untuk di bawa ke hospital.

“Sama ada Farizal akan diturunkan pada aksi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang bermula Jumaat ini, semuanya bergantung kepada keputusan doktor pasukan,” katanya selepas aksi di Stadium Sultan Ibrahami, Iskandar Puteri, malam tadi.

Mengulas kejayaan menewaskan TFC 2-1 pada aksi itu, Mora mengakui pasukan bimbingannya berdepan situasi sukar untuk menang.

Malah pengendali kelahiran Mexico itu memuji corak permainan yang diterapkan pengendali TFC, Nafuzi Zain yang memberi kesukaran buat barisan pemain JDT sambil menegaskan bernasib baik untuk mencipta kemenangan pada perlawanan itu.

Saya tidak boleh bercakap bohong dan ia terbukti sepanjang 90 minit perlawanan TFC tampil dengan corak permainan yang bagi saya cukup merisaukan kami. Mereka adalah pasukan terbaik dan memiliki pemain yang berkualiti dan permainan juga berintensiti tinggi.

“Mereka menguasai permainan di posisi tengah malah mereka kerap meny3rang menggunakan dua pemain sayap kiri dan kanan yang memberi ancaman terhadap benteng JDT apabila kami terpaksa bekerja keras mengekang asakan pemain TFC,” katanya.

sumber:- BH

Mora juga menegaskan JDT tidak boleh berada di dalam keadaan selesa sebaliknya harus meningkatkan lagi corak permainan yang lebih efektif memandangkan skuad Harimau Selatan akan mengharungi saingan lebih mencabar iaitu ACL selepas ini.