Kecemerlangan pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, meletakkan dirinya di kelompok teratas, sekali gus bergelar atlet nombor satu sukan itu di Malaysia.
Olimpian negara itu memperbaharui pencapaian terbaiknya selepas menduduki ranking ketiga dunia kategori pecut individu elit dengan pungutan 5174 mata di belakang wakil Columbia.
sumber:- stadium astro
Shah atau dikenali sebagai ‘The Terminator’, mengharumkan nama negara tatkala berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Turkiye, Mac lalu.