Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berharap perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia, memberi pertimbangan sewajarnya untuk menerima tawaran ke Program Road To Gold (RTG) kali ini.
Bekas pemain nombor satu dunia itu yang merupakan ahli jawatankuasa RTG percaya inisiatif itu mampu membantu meningkatkan taraf atlet menerusi pelbagai sokongan.
Terdahulu, seramai 13 pemain badminton terpilih bagi membutirkan emas pertama Sukan Olimpik menjelang penganjuran seterusnya di Los Angeles (LA) 2028.
“Saya tidak boleh bandingkan dengan waktu saya.”Sekarang zaman berbeza.”RTG bukan satu kelebihan untuk mengangkat nilai atlet seperti mendapatkan penaja”.
“Ia lebih kepada satu perkhidmatan yang menawarkan keperluan tertentu.”Mungkin ketika sedang bergelar pemain bebas (profesional), tiada kemudahan seperi fisioterapi.
“Jadi, Institut Sukan Negara (ISN) memberi sokongan tambahan kepada mereka.”Tidak rugi kepada semua atlet. Ia adalah inisiatif daripada pihak kerajaan,” katanya.
sumber:- stadium astro
Kriteria pemilihan kali ini menetapkan pemenang pingat Sukan Olimpik dan berada dalam linkungan ranking 10 terbaik dunia.
Kemudian, ia akan berubah dari 2026 hingga 2028 iaitu atlet di ranking kelapan dunia pada 2026 sebelum mengecil kepada kedudukan keempat terbaik pada 2027 dan 2028.