sukan

TMJ terus curi tumpuan

Langkah kerjasama bersama gergasi bola sepak dunia, Paris Saint-Germain (PSG), semakin mencuri tumpuan selepas Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengatur pertemuan bagi tujuan menjalinkan hubungan dan membentuk satu perjanjian di antara kedua-dua pasukan tersebut.

Sebelum ini, satu persetujuan telah dimeterai menyelusuri beberapa aspek penting bagi meningkatkan mutu pasukan ke arah lebih baik.

Terbaru, Pemangku Sultan Johor itu bersama delegasi baginda berkunjung ke pusat latihan serba canggih pasukan terkemuka Ligue 1 itu bagi meninjau kemudahan dan fasiliti yang menempatkan skuad bola sepak, bola baling dan akademi PSG.

Pembangunan bola sepak peringkat akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran dan teknologi menjadi strategi utama perbincangan sebelum ini di antara kedua-dua pasukan.

sumber:- stadium astro

Dalam masa sama, juara 11 kali berturut-turut Liga Super itu juga dalam perancangan mengadakan jelajah pramusim di Arab Saudi dan tidak menolak kemungkinan bakal bertemu kelab Eropah itu nanti.