sukan

ACLE: ‘Kuda Tua’ baru JDT atasi Messi, Toni Kroos

Penyerang baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Jonathan Viera, mencipta sensasi tersendiri apabila berada di kedudukan kedua untuk rekod ‘Highest Rated Performance’ iaitu 9.5 dalam saingan LaLiga buat 10 musim terakhir ketika beraksi buat pasukan Las Palmas.

Penyerang kelahiran Sepanyol itu mencatatkan rekod itu pada 2017 ketika membantu bekas pasukannya, Las Palmas, menewaskan Sporting Gijon 1-0 dengan Viera beraksi 90 minit penuh.

Antara yang mencuri tumpuan adalah dia mengatasi catatan yang lakukan penyerang Argentina, Lionel Messi (9.4), yang berada di kedudukan ketiga dan perancang Jerman, Toni Kroos (8.9) di kedudukan kelapan. Manakala, Luka Modrid (9.7) di tangga pertama.

Rekod itu dikongsikan sebuah laman sukan luar negara bagi rekod 10 musim terakhir sebelum dikongsikan Viera di laman Story Instagram miliknya.

sumber:- stadium astro

Ketibaan pemain berusia 35 tahun itu diumumkan Harimau Selatan pada awal Januari lalu bagi memperkuatkan JDT dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).