sukan

Dua-dua loyar buruk, berlagak hebat — Lee Chong Wei

Bersempena bulan Ramadan penuh mulia, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkongsi perihal keluarganya yang mencuit hati selain memberikan motivasi kepada semua peminat untuk mencapai kejayaan.

Katanya, setiap ketenangan mahupun usaha berlipat kali ganda bukan sahaja perlu dibuktikan dalam gelanggang, malu harus diutamakan dalam kehidupa seharian.

Umpama bersabar sehingga waktu berbuka puasa tiba, ia juga seperti mengharungi perlawanan yang sengit.
Di sebalik ucapan itu, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu bersama isterinya, Wong Mew Choo, menceritakan kisah anak-anaknya iaitu Kingston dan Terrance yang pertama kali menyertai kelas tuisyen Matematik Olympiad.

“Minggu lepas, kami mencuba sesuatu yang baru dengan menghantar Kingston dan Terrance ke kelas tuisyen Matematik Olympiad. Manalah tahu, kan? Dua-dua loyar buruk ni selalu berlagak kononnya mereka hebat dalam matematik!” tulis Chong Wei.

sumber:- stadium astro

Namun, kelas pertama tidak berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.“Cikgu bagi ujian penilaian. Kami langsung tak faham soalan… dan kami dapat kosong markah… wuahhhh!” kata Terrance, dengan air mata hampir menitis.”Ishh… bimbanglah aku. Agak-agak cikgu akan syak tak yang kita meniru… sebab kita dapat markah sama?” kata Kingston.