Kemasukan Samu Castillejo selaku pemain terbaru Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menggusarkan kem gergasi terbaik Thailand, Buriram United, menghadapi pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Chang Arena, esok.
Menurut ketua jurulatih, Osmar Loss Viera, anak buahnya tetap memiliki keupayaan untuk meruntukan Tembok Besar Harimau Selatan yang dikawal rapi oleh gandingan duo, Eddy Israfilov dan Jordi Amat.
“Setiap perlawanan adalah berbeza meskipun berdepan pasukan yang sama pada musim yang sama.“Mereka menandatangani pemain baru, kami juga membawa masuk tonggak baru,” katanya.
Pengendali kelahiran Brazil itu juga menyeru Thunder Castles bermain mati-matian supaya dapat membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu depan.
“Kami bersedia mengharungi aksi pertama ini kerana dimainkan di tempat sendiri.“Kami memiliki kekuatan tersendiri dibantu sorakan gemuruh penyokong selain kelebihan tertentu.
sumber:- stadium astro
“Kami tidak boleh memikirkan hanya satu perlawanan, sebaliknya harus bermain menyelesaikan aksi kedua di Malaysia.
“Aksi kalah mati ini tidak akan berakhir esok,” tambahnya.