sukan

Komen bintang AC Milan selepas sah sertai JDT

Tonggak import baru Johor Darul Ta’zim (JDT), Samu Castillejo, teruja kerana dapat bersama pasukan itu.
Pemain sayap berusia 30 tahun itu menjadi pemain terbaru Harimau Selatan selepas perpindahannya diumumkan semalam.

Selepas perpindahan dimuktamadkan, Castillejo mengakui teruja dengan pengembaraan baru di bumi Asia bersama JDT.“Saya sangat teruja untuk memulakan perjalanan baru bersama JDT. Kami berikan segala-galanya.”

Sebaik hantaran itu disiarkan, ramai bekas rakan sepasukan beliau dari Malaga mengucapkan selamat berjaya buat Castillejo.
Antara yang berbuat demikian ialah pemain tengah veteran Argentina, Fernando Tissone, Francisco Portillo dan Rafa de Vicente.

sumber:- stadium astro

Sebelum berkelana ke Malaysia, Castillejo pernah beraksi untuk Malaga, Valencia, Sassuolo, AC Milan dan Villarreal.
Dia mampu beraksi sebagai pemain sayap kanan dan kiri dibawa masuk bagi memperkukuh kempen JDT dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).