sukan

Ada kemungkinan JDT berdepan Manchester United

Ada kemungkinan untuk juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), bertemu pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, pertengahan tahun ini.

The Red Devils dilaporkan akan mengadakan jelajah pascamusim di Asia dan antara lokasi yang digembar-gemburkan ialah Malaysia dan Hong Kong.

sumber:- stadium astro

Media sukan United Kingdom, Stretford Paddock, dalam satu ciapan X malam tadi memaklumkan bahawa United akan mengadakan dua perlawanan persahabatan di Malaysia dan Hong Kong sebaik tamat saingan EPL pada Mei depan.

Menariknya, media itu turut meletakkan gambar Stadium Sultan Ibrahim (SSI), yang merupakan markas JDT, dalam kiriman berkenaan.