Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodríguez, kagum dengan bakat yang dimilik rakan sepasukannya, Arif Aiman Hanapi, yang membantunya menjaringkan gol Ketika membantu pasukannya melakar kemenangan semalam.
Jese menjaringkan gol pendahuluan ketika berdepan Perak pada minit ke-45 sebelum Jorge Obregon menggandakan jaringan untuk menoktahkan status Harimau Selatan selaku juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut.
Arif Aiman yang bijak melepasi pertahanan The Bos Gaurus mudah menolak bola untuk disempurnakan bekas pemain Real Madrid itu dalam babak pertama.
Menerusi laman Story Instagram, Jese megucapkan: “Terima kasih untuk bantuan jariungan Arif Aiman, sungguh berbakat.”
sumber:- stadium astro
“Tahniah untuk seluruh keluarga JDT, saya gembira di sini dan berada seperti di rumah. Mari capai lebih banyak, bersama-sama! Tiga perlawanan berturut-turut dengan jaringan.” katanya.