sukan

Tiga lagi warisan baru ditambah

Indonesia semakin serius apabila tidak putus menandatangani pemain warisan terbaru bagi menghadapi bagi perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), Mac ini.

Ketua Umum Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir, memuat naik kenyataan mengenai tiga lagi pemain warisan bakal memperkuat Sang Garuda yang kini menghuni tangga ketiga carta di belakang Australia.

Bekas penjaga gol Juventus, Emil Audero Mulyadi, akan mencabar posisi Maarten Vincent Paes selaku benteng terakhir Indonesia.Selain itu, produk akademi Ajax Amsterdam, Dean Ruben James, turut menjadi pilihan tambahan Patrick Kluivert yang akan disenaraikan sebagai pertahanan kebangsaan.

Bekas ubi muda Belanda, Joey Pelupessy, menjadi rekrut terbaru PSSI menjelang aksi getir itu menentang Australia dan Bahrain bagi membawa misi ke Piala Dunia tahun depan.

sumber:- stadium astro

Demi mengiringi mimpi semua rakyat Indonesia, PSSI mahu bola sepak Indonesia terus berkembang dan mencapai tahap yang ditetapkan.