Nama Ferdy Druijf semakin hangat menjadi perbualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas dia dikhabarkan sudah melengkapkan proses menjadi pemain warisan Harimau Malaya.
Malah, menerusi laman Instagram menyaksikan bekas pemain AZ Alkmaar itu dia turut sudah mengikuti akaun rasmi milik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Terdahulu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, turut berkongsi bahawa dokumentasi pemain berusia 27 tahun itu sudah selesai selain dia turut bergelar ejen bebas selepas kontraknya bersama SK Rapid juga sudah ditamatkan.
Ini juga merupakan susulan daripada kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Harimau Malaya, Rob Friend, yang menjelaskan seorang pemain dari Belanda semakin hampir memperkuatkan skuad kebangsaan bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 nanti.
sumber:- stadium astro
“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir.” katanya.