Skuad PDRM terpaksa akur dikenakan hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atas kesalahan menurunkan pemain yang menjalani penggantungan.
Tindakan itu menyebabkan juara MFL Challenge Cup itu dikenakan penalti kekalahan 0-3 selain didenda biarpun perlawanan final pertama berakhir 2-3.
Semalam, Sang Saka Biru dijatuhi hukuman setelah didapati melanggar Artikel 57 dan Artikel 32 Kod Tatatertib FAM kerana menurunkan pemain yang tidak berkelayakan dalam perlawanan final pertama pada Sabtu lalu.
sumber:- stadium astro
Lantas, Mourinho sebentar tadi ‘tampil’ mewakili PDRM dalam satu ciapan di X bahawa mereka tidak ingin terjerumus dalam masalah yang lebih besar dengan bertindak mengulas mengenai isu itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium MBPJ malam ini.